03-2694 3388 members@kopcel.com.my

PROFIL SYARIKAT

Ditubuhkan pada 21 Januari 1994 di bawah Seksyen 9 Akta Koperasi 1993 di bawah pemantauan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). KOPCEL dimiliki sepenuhnya oleh kakitangan Syarikat Kumpulan Axiata, Syarikat Celcom Axiata Berhad (CELCOM), Edotco dan KOPCEL yang terdiri daripada  1,080 orang anggota sehingga 31 Disember 2018.

KOPCEL memulakan operasi pada bulan Julai 1994 dan terlibat terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan kredit untuk anggota. Di bawah jabatan perniagaan, KOPCEL mengendalikan kedai serbaneka di @Celcom Seksyen 52, PJ Sentral dan Wisma Celcom Petaling Jaya serta perkhidmatan sewaan pengangkutan. Buat masa ini, KOPCEL juga memiliki tiga unit hartanah di Bukit Beruntung, Genting Highland, dan Pending.

Logo Syarikat

Telah menjadi impian kami untuk menjadi sebuah koperasi yang berdaya saing dan terkemuka di negara ini. Imej baru yang lebih sesuai dengan koperasi yang mencerminkan usaha untuk memacu koperasi kearah yang lebih dinamik melalui usaha-usaha yang lebih profesional kearah pertumbuhan perniagaan yang mampanselari dengan persekitaran global yang sentiasa berubah-ubah.