03-2694 3388 members@kopcel.com.my

KEANGGOTAAN

 

KEANGGOTAAN

Keanggotaan Koperasi terbuka kepada semua kakitangan CELCOM AXIATA BERHAD dan anak – anak syarikat Kumpulan AXIATA  BERHAD.

SYARAT-SYARAT

Kakitangan yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

1. Warganegara Malaysia.
2. Telah mencapai umur 18 tahun.
3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini;
4. Seseorang anggota yang bersara atau meletakkan jawatan daripada syarikat ini boleh meneruskan dan mengekalkan keanggotaan dan mencarum yuran seperti mana yang ditetapkan oleh koperasi; dan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 5. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Bayaran Permohonan

Caruman Bulan Pertama (RM) Caruman Bulan Kedua dan Seterusnya (RM)

Bayaran Pendaftaran Ahli Baru – UUK 13(1)

(RM20.00 sekali potongan sahaja)

RM20.00 Tiada

Permohonan Semula – UUK 13(2)

Penalti Rm50.00 sekali potongan sahaja

Tiada

Modal Syer (wajib) – UUK 55

Minima Rm100.00

RM100.00

Yuran Bulanan – UUK 56

Minima RM30.00 sebulan

RM30.00 RM30.00
JUMLAH POTONGAN RM150.00 RM30.00

 

KEISTIMEWAAN SEBAGAI ANGGOTA KOPCEL

    • Menikmati kemudahan pembiayaan yang pantas melalui pembiayaan Koperasi dan bank-bank tempatan.
    • Menerima dividen dan hibah tahunan yang menguntungkan anggota. (tertakluk kepada pendapatan tahunan koperasi)
    • Sumbangan Khairat Kematian anggota. (hanya layak kepada anggota yang aktif mencarum setiap bulan sahaja)
    • Bantuan kebajikan kepada anggota yang ditimpa musibah bencana seperti banjir.
    • Menikmati promosi KOPCEL seperti pembiayaan peribadi dan promosi barangan keperluan harian di kedai serbaneka Kopcel Big Smile. (tertakluk kepada terma dan syarat)

PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA

    • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

PENERIMAAN MENJADI ANGGOTA

    • Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya. Seseorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.
MUAT TURUN BORANG

Borang Pendaftaran Anggota Baru

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi pegawai Alifah Hj Dari di talian 03-2694 3388 atau emailkan kepada alifah@kopcel.com.my